13 February 2014

6 GAMBAR - HANS ISAAC LUPA HADIAH HARI LAHIR NEELOFA?



Tiada hadiah istimewa yang diberikan oleh Hans Isaac kepada Neelofa sempena hari lahir pelakon dan pengacara itu pada 10 Februari lalu. Mungkinkah Hans terlupa memberi hadiah atau dia sememangnya terlupa tarikh hari lahir Neelofa?

Artikel terdahulu:

Dan seperti biasa, Neelofa yang menyambut hari lahirnya di Pool Bar, Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu enggan bercerita lanjut tentang hadiah istimewa yang diperolehinya.

Klik gambar untuk size besar




Malah dia juga mengakui tidak mendapat sebarang hadiah daripada Hans Isaac.

"Tiada. Saya tak dapat apa-apa yang istimewa pun daripada dia," ujar Neelofa dipetik sebagai berkata



"Saya sebenarnya tidak mahu mengadakan sambutan hari jadi seperti yang diadakan pada Ahad lalu. Maklumlah usia pun dah meningkat. Saya pun sudah berpesan kepada keluarga supaya tidak buat sebarang sambutan.

"Sebelum menghadiri majlis tersebut, emak saya beritahu ia hanya makan malam untuk keluarga sahaja. Tak sangka mereka buat juga sambutan hari jadi dengan menjemput pihak media bersama-sama. Walau apa pun, saya hargai usaha mereka itu," tambahnya.











Baca juga:

         ________________________


No comments: