03 February 2014

ADAM AF2 HENTI NYANYI RAP - TUMPU PERUBATAN ISLAM



Jika sebelum ini Adam AF2 dikenali melalui lagu-lagu rap dan sedikit pop... terkini dia mahu meninggalkan kesemua rentak tersebut. Fokusnya sekarang lebih kepada islamik dan akan mengubah haluan seninya ke arah lagu-lagu kerohanian.

Artikel terdahulu:
Lebih menarik, Adam juga mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang perubatan Islam sejak kedatangan 2014. Meskipun ada pihak yang mempertikaikan kemampuannya, namun dia tetap bersemangat untuk terus aktif membantu masyarakat.





"Mungkin pihak tersebut salah faham kerana saya sudah lama tidak menerima undangan nyanyian kerana menfokuskan kepada bidang perubatan Islam buat masa ini.

"Tuduhan itu tidak berasas dan berkemungkinan besar ia cerita lama yang ingin disensasikan pihak tertentu," ujarnya membalas tuduhan yang dia masih aktif menyanyi lagu berentak rap setelah mengamalkan perubatan Islam.

Klik gambar untuk size besar


"Adalah tidak adil untuk segelintir pihak itu terus menghukum saya tanpa mengetahui cerita sebenar dan mempertikaikan kredibiliti saya hanya kerana saya bergelar anak seni.

"Perubahan yang saya lakukan bukan secara drastik dan masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan dalami untuk menjadi seorang muslim yang baik," kata yang masih mempelajari pemahaman perubatan Islam dengan lebih baik.

"Apa yang saya lakukan sekarang adalah dengan izin Allah dengan niat untuk membantu sesiapa yang mempunyai masalah dan cakap-cakap dibelakang saya tidak pandang terlalu serius," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar.

Untuk info, Adam dan isterinya Fiza juga dilihat sudah mula tidak aktif di laman sosial mereka dan ada juga yang telah ditutup.


         ________________________



No comments: