02 February 2014

ISU PENYANYI BERTUDUNG SELESAI CARA BAIK



Sebelum ini, ramai yang berbalah disebabkan isu penyanyi bertudung Marinatasha Isnariah Mustapar, yang mendakwa cara penganjur majlis melarangnya menyanyi adalah satu diskriminasi.

Kontroversi tercetus apabila penyanyi wanita berhijab itu diarah beredar dari pentas ketika Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET pada 18 Januari lalu gara-gara dia memakai tudung.

Klik gambar untuk size besar




Namun baru-baru ini, semuanya telah selesai apabila satu rundingan tertutup secara baik telah diadakan. Shanon Yong yang mewakili CASTMET telah bermaaf maafan dengan Marina tanda mereka setuju tidak mahu isu itu diperpanjangkan lagi

"Pihak CASTMET, Shanon Yong dan Marina sendiri telah sama-sama memohon maaf antara satu sama lain. Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua belah pihak di atas kesudian untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.

"Ini merupakan satu contoh pada masa akan datang, agar jangan ada lagi isu mahu pun diskriminasi," ujar Datuk Freddie Fernandez selaku Presiden Karyawan dalam satu sidang media di Plaza Damansara pada Khamis.



Difahamkan, kontroversi ini telah diselesaikan secara aman apabila kedua-dua pihak telah bersua muka pada Ahad, 26 Januari 2014 yang lalu bertempat di pejabat CASTMET, Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Majlis tertutup tersebut berjalan lancar apabila kedua-dua belah pihak bermaafan dan merasakan perkara yang terjadi ini berlaku atas sebab salah faham yang akhirnya menimbulkan pertelingkahan emosi antara satu sama lain.

"Perkara ini telah mendapat perhatian umum dan pihak Karyawan sendiri merasakan perkara ini tidak perlu lagi dipanjangkan," tambah Freddie dipetik sebagai berkata.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu untuk menyelesaikan kes ini. Saya menerima permohonan maaf tersebut dan semua perkara yang telah terjadi dengan hati terbuka.

"Ini juga merupakan peringatan bagi saya agar lebih berhati-hati meneliti kontrak yang dikenakan pihak penganjur sebelum mengadakan sesebuah persembahan," ujar Marina pula.


         ________________________



No comments: