01 February 2014

VOKALIS KUMPULAN COCO KAHWINI WARTAWAN MSTAR



Bukan sesuatu yang asing, tetapi memang sudah kerap wartawan kahwin dengan artis. Terbaru, wartawan Mstar, Feride Hikmet Atak, 28, selamat berkahwin dengan vokalis kumpulan Coco, Nine, pada Jumaat di Dewan Perdana, Keramat Mall, Kuala Lumpur.

Pernikahan mereka berjalan lancar apabila dengan hanya dengan dua kali lafaz, Nine sah bergelar suami kepada Feride. Akad Nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ismail Ab Rahman@Abdul Manan kira-kira pukul 8.30 malam.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, Nine atau nama sebenarnya Zulqarnain Jaafar, 33, memberikan mas kahwin sebanyak RM4,000.

Selain itu rombongan lelaki juga membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.



Antara barang hantaran pihak lelaki ialah beg tangan, kasut, telekong, headphone, Al-Quran, mandian, dan sirih junjung. Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah baju kemeja, sirih junjung, sejadah, kasut, beg tangan lelaki, manisan, coklat, mandian dan buku.

Tahniah!


         ________________________



No comments: