12 February 2014

BAJU HINA PASUKAN KESELAMATAN - AKHIRNYA ZIZAN MINTA MAAF



Pelawak dan pengacara yang tak habis-habis yang dirundung kontroversi, Zizan Razak akhirnya memohon maaf kepada mana-mana pihak sekiranya pakaian yang dipakainya pada malam Anugerah Meletop Era 2013 menghina pasukan keselamatan.

Artikel terdahulu:

"Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.

Klik gambar untuk size besar




"Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.

"Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu," katanya pada media semalam.



Untuk info, Zizan sebelum ini dikecam hebat kerana dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah tersebut di Stadium Putra Bukit Jalil, dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.

Namun Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini memang bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.

Ini kerana, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.

Dan seperti yang dijangka, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.

Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.

"Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.

"Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat," ujarnya yang dipetik melalui MStar.


         ________________________


No comments: