12 February 2014

TAHNIAH - RABECCA NUR ISLAM KINI SUDAH BERHIJAB



Update - dikemaskini:

"Alhamdulillah ibu-ibu ku sekarang sudah berhijab!" begitulah kata anak tiri kepada Rabecca Nur Islam di laman sosialnya. Komen tersebut berikutan ibunya kini sudah menutup aurat selepas menunaikan umrah baru-baru ini.

Artikel terdahulu:
"Alhamdulillah... syukur... da sampai KLIA from madina... TERIMA KASIH ALLAH kerana memberi ku Peluang ke tempat MU... indah sungguh CIPTAAN MU," demikian pula kata Rabecca di laman Instagramnya.

Rabecca bersama anak tirinya 
Klik gambar untuk size besar




Bagi yang tidak begitu mengenali Rabecca, dia merupakan pelakon yang menang kes saman terhadap Erma Fatima berjumlah RM11,200. Meskipun pernah jadi kontroversi kerana dibayar dengan syiling 5 sen dan kemudian wang kertas RM1, namun Rabecca kemudian telah mendermakan wang tersebut kepada mangsa banjir.

"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.



"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah," katanya kepada media.

"Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.



"Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang," ujarnya sebagai berkata.




         ________________________


No comments: