20 February 2014

ERRA MASIH BERAHSIA & AWIE HARAP ERRA TABAH



Kekasih pertama Erra Fazira iaitu Awie meluahkan rasa simpatinya terhadap Erra berikutan penceraian sahabatnya itu kelmarin. Selain meminta Erra tabah, Awie juga mendoakan agar Erra tidak terganggu dengan apa yang berlaku.

"Sebagai seorang kawan, sudah pasti timbul rasa simpati terhadap dia. Saya harap dia tabah menjalani ujian yang berlaku," ujar Awie.





Awie berkata demikian ketika ditemui media di rakaman program ‘Primadona’, pada Selasa memberitahu dia yakin perkara yang berlaku kepada heroin ‘Sembilu’ itu tidak akan menjejaskan persiapan Konsert Teaterikal Suara Kita yang bakal berlangsung pada 3 hingga Mac depan.

"InsyaAllah, perkara ini tak akan jadi masalah besar buat Erra kerana saya yakin dia sudah bersedia untuk persembahan nanti. Dia sudah dewasa serta matang dan saya rasa dia boleh mengatasi perkara ini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan harap dia jangan toleh ke belakang kerana kehidupan harus diteruskan," tambahnya.

Sementara Erra pula masih tidak mahu mengulas lanjut mengenai keruntuhan rumah tangganya itu. Dia masih mahu berahsia demi menjaga banyak pihak termasuk anaknya Engku Aleesya.

"Saya ada sebab kenapa pendamkan perkara ini. Bukan kerana saya mementingkan diri namun saya ada alasan yang tersendiri. Perkara ini melibatkan hal rumahtangga dan masalah dalaman keluarga.

"Itu adalah hal peribadi dan saya tak boleh kongsi kepada semua mengenai perkara ini. Saya harap semua orang menghormati dengan keputusan saya ini," ujar Erra penuh makna tersirat.


         ________________________


No comments: