20 February 2014

HALANG TEMU ANAK - NORISH KARMAN ENGGAN DEDAH BAPA HAQ LUTFIE



"Mereka pernah memberitahu, anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie Alexander perlu berjumpa dengan bapa kandungnya," kata Norish Karman kepada media.

Selain itu, Norish juga memberitahu yang dia tidak akan membenarkan bapa kepada anak bongsunya itu yang berusia dua tahun bertemu dengan kanak-kanak itu.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk mereka ditemukan kerana sejak awal lagi keluarga bekas suaminya itu tidak menerima kehadiran kanak-kanak berkenaan," tambahnya.

Bagaimanapun, bila ditanya identiti bekas suaminya itu, Norish masih dengan pendirian enggan mendedahkan siapa lelaki tersebut. Katanya biarlah ia dirahsiakan... namun mengakui lelaki berkenaan lebih muda daripadanya.



Mengenai hubungannya dengan bekas suami pertama iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, katanya mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Malah bekas suaminya itu amat baik dan bertanggungjawab menjaga keperluan tiga anak mereka yang lain iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9.



"Sejak bercerai kami tiada masalah dan saya tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak kerana beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya.

Mengenai pengganti teman hidup, menurut Norish memang ada lelaki yang cuba mendekatinya, namun dia sekarang lebih banyak memberi tumpuan kepada anak-anak dan perniagaan.

"Ada yang menghantar rombongan meminang tetapi saya tolak dengan cara baik kerana buat masa ini saya sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

"Sunyi itu memang ada tetapi kesibukan dengan pelbagai aktiviti membuatkan saya lupa mengenai perkara itu dan saya lebih bahagia sekarang," katanya yang jika ditakdirkan bertemu jodoh, dia mahu mencari seorang lelaki yang boleh terima keempat-empat anakya dengan penuh kasih sayang.

"Saya pernah berkahwin dengan lelaki berusia dan muda yang mana kedua-duanya tidak kekal lama. Kini apa lebih penting calon itu nanti mestilah dapat menerima anak-anak saya dengan sepenuh hati.

"Jika ada lelaki yang dapat berbuat demikian mungkin saya akan terbuka hati untuk berkahwin semula," ujarnya yang dipetik melalui MStar.


         ________________________


No comments: