17 February 2014

INFO SANA SINI - 'YES BOSS!', DRAMA BERSIRI TERKINI TV3



'Yes Boss!' Itu saja jawapan yang harus diberikan oleh pembantu naif, Aryana setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham.

Istimewa buat penonton TV3, drama siri arahan Emi Suffian iaitu YES BOSS! bakal menghiasi petang hujung minggu anda dengan adegan romantik pelakon-pelokon hebat seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Norkhiriah, Julia Zigler, Shamsul Ghau Ghau, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Norlia Ghani, Zafrul Nordin, Raja Ema, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Klik gambar untuyk size besar




Drama siri 24 episod ini akan menemui penonton bermula 15 Febuari 2014 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang hingga 6.30 petang.

YES BOSS! menceritakan tentang seorang gadis bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Ilham. Ilham memiliki rupa paras yang kacak dan sifat ego yang tinggi. Ilham tidak sukakan Aryana kerana baginya Aryana tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya.



Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan mempunyai bentuk badan yang ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana dari syarikat milik bapanya, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar.

Setiap kali Ilham memberi arahan, Aryana harus menjawab 'Yes Boss!'. Aryana juga terpaksa bersubahat setiap kali Ilham tidak hadir ke pejabat dan mengingatkan semua temu janji Ilham bersama teman-teman wanitanya. Ilham sering terlupa dengan temu janjinya kerana dia mempunyai ramai teman wanita.



Dalam diam rupanya Aryana menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi sering dinafikannya. Aryana hanya mampu memendam perasaannya terhadap Ilham kerana Hati Aryana sering terluka akibat sikap kaki perempuan Ilham.

Ingin mengetahui kesudahan drama siri YES BOSS! ini? Jangan lupa untuk menyaksikan drama terbitan Zeel Production ini.






Artikel ini disediakan oleh: UNIT PERHUBUNGAN AWAM TV3


         ________________________


No comments: