17 February 2014

KONSERT BOLLYWOOD - BILA SEGELINTIR MEDIA MASIH TAK SERIK



Rumah siap pahat berbunyi!

Demikianlah kesimpulan konsert artis-artis Bollywood ‘Temptation Reloaded’ melibatkan ShahRukh Khan yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 15 Februari lalu. Ada media yang baru faham mereka sebenarnya hanya sekadar 'anak tiri' jika mereka terlalu 'teruja' terhadap penganjur dan artis Bollywood yang kebanyakannya kurang budi bahasa.

Persembahan Shahrukh Khan - klik gambar untuk size besar




Ikhlasnya, sebab itulah kami tidak hairan langsung sekiranya 'bapak' artis Bolywood sekalipun yang hadir ke Malaysia. Ini kerana, kami sebelum ini (kira-kira 10 tahun lalu) sudah melalui saat memalukan sebagai media ketika membuat liputan artis Bollywood.

Mereka bukan sahaja sombong, malah kebanyakannya menganggap media kita seolah sampah kerana merasa diri mereka artis besar. Lebih memburukkan keadaan apabila penganjur turut bersikap bangga diri seolah mereka 'ahli keluarga' artis Bollywood terbabit. Heh.



Dan drama sama berulang kembali ketika konsert di Stadium Merdeka apabila segelintir media tidak dapat memberi gambaran dan ulasan yang lebih jelas apabila pihak penganjur meletakkan mereka di ruang stadium yang terbatas.

Alasan penganjur, tempat media adalah sangat terhad dan hanya media yang terpilih sahaja diberikan pas untuk membuat liputan. Ha ha... baru ada akal!

Meskipun ada yang mendabik dada kononnya sebelum ini mereka telah banyak membuat liputan konsert bertaraf antarabangsa seperti konsert Metallica dan sebagainya, namun nampaknya mereka masih belum belajar sesuatu mengenai artis Bollywood.

Bak kata orang, pengalaman mengajar kita menjadi dewasa. Anggaplah ia sebagai pengajaran paling berharga buat segelintir media yang sering perasan bagus dan menganggap mereka setaraf dengan VIP. Tak gitu?


         ________________________


No comments: