19 February 2014

INFO - VIDEO UMI 2014 & KONSERT BAKTI DATO' SHAKE



"By your request, its my pleasure to present you my reflection about motherly love (we will never be able to measure what a mother has done for their child)," ujar Dato' Shake mengenai lagu Umi versi 2014.

Untuk info lagu tersebut baharu sahaja dilancarkan semalam di Heritage Club, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.





Selain itu, Dato' Shake juga akan membuat satu Konsert Amal Bakti dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang bakal diadakan di Stadium Petra Jaya, Sarawak pada 10 Mei depan bersempena Hari Ibu.

"Selain Sarawak, konsert berkenaan kami rancang untuk diadakan di Johor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain pada masa hadapan.

"Hasil jualan tiket akan diserahkan kepada kementerian untuk disalurkan ke badan-badan memerlukan," ujarnya.

VIDEO UMI 2014



         ________________________


No comments: