11 February 2014

ISU LEPAS CAKAP - WAK DOYOK SENTAP DENGAN NEELOFA?



Peribahasa yang mengatakan kerana mulut badan biasa ada benarnya. Ini kerana, pemilik jenama The Garment, Wak Doyok seolah-olah sentap dengan kenyataan Neelofa dalam Anugerah Meletop Era 2014 (AME 2014) yang berbunyi "Eh, dia bukan dari Indonesia ke?".

Berikutan kata-kata Neelofa tersebut, Wak Doyok dilihat telah memuat naik sekeping foto di Instagram dengan caption pedas yang dipercayai ditujukan kepada pelakon dan pengacara itu.

Klik gambar untuk baca




Apa yang kelakar, Wak Doyok juga meletakkan gambar watak Power Rangers merah jambu seolah menyindir pakaian Neelofa pada malam anugerah baru-baru ini.

Disebabkan muat naik terbaru di laman sosialnya itu, ada peminat yang bersetuju dengan tindakan Wak Doyok dan ada juga yang mempertahankan Neelofa. Ha ha... macam-macam mereka ni!

Gambar yang dimuat naik oleh Wak Doyok


Gambar lain yang diambil dari Murai




         ________________________


No comments: