10 February 2014

LANA NORDIN NAFI RAMPAS KEKASIH ADIRA



Macam-macam gosip yang menyelubungi hidup pelakon Lana Nordin semenjak putus cinta dengan pelakon Johan As'hari. Baru-baru ini, Lana yang didakwa merampas kekasih Adira yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 28, hingga hubungan Adira dan Shahrul kononnya putus menafikan gosip itu.

Artikel terdahulu:
Lana ketika diajukan soalan tersebut, menafikan yang dia menjadi punca keretakan hubungan Adira dan Shahrul. Malah menurut Lana, dia sudah menemui kekasih baharu (tapi bukan Shahrul) dan sedang mengenali hati budi pemuda tersebut.





"Saya tidak kenal siapa kekasih Adira sehingga diberitahu mengenai gosip ini barulah saya cari gambarnya di internet dan saya tidak mengenalinya," dakwa Lana.

Namun dia mengakui selepas putus cinta dengan Johan, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sehinggalah hatinya terbuka untuk mengenali seorang daripada mereka dengan lebih rapat.



Bila ditanya lebih lanjut, Lana enggan berkongsi mengenai hubungan tersebut kerana bimbang akan disalah tafsir.

"Buat masa ini fokus utama saya adalah untuk mendekatkan diri pada agama dan menjadi insan lebih sempurna sebelum kembali serius bercinta," katanya yang mengakui bakal menunaikan umrah pada 28 Februari ini bersama rakan baiknya, pelakon Lisdawati.

"Saya sudah merancang lama untuk menaikan ibadah ini namun baru sekarang ia termakbul dan jalan untuk ke sana seperti dipermudahkan," ujarnya yang sudah beberapa kali menghadiri kelas-kelas agama sebagai persiapan ke Tanah Suci.

"Alhamdulillah, saya ada menghadiri beberapa sesi usrah bersama Lisdawati bagi mendalami sedikit sebanyak ilmu agama sebagai persiapan ke sana.

"Saya berharap semua urusan dipermudahkan dan menjadi orang yang lebih baik selepas ini," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar.


         ________________________


No comments: