24 February 2014

NORA DANISH & NEDIM BAKAL KAHWIN TANPA HANTARAN



Pasti ramai yang sudah mengetahui berita mengenai Nora Danish yang didakwa sudah membeli barangan hantaran kahwin. Meskipun menafikannya, namun Nora mengakui yang dia mahu perkahwinannya nanti tanpa sebarang barang hantaran.

Artikel terdahulu:

Tambah Nora, dia tidak mementingkan hantaran kerana dia mahu perkara yang wajib dilaksanakan terlebih dahulu iaitu 'akad nikad'.





"Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur," ujarnya sebagai berkata.

Selain tanpa hantaran, dia juga berhasrat mengadakan sebuah majlis resepsi secara sederhana di sebuah pulau di Bali. Katanya Bali menjadi pilihan kerana dia menganggap pulau itu sebagai rumah keduanya.



"Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala 'beach wedding'. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap", katanya.

Terdahulu mengenai hubungannya dengan Nedim yang dilihat bertambah serius, kata Nora mereka sebenarnya masih belum berbincang mengenai perkahwinan.



"Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain. Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya", ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MD.


         ________________________


No comments: