27 February 2014

WANITA ITU BUKAN KEKASIH SAYA - ALIFF AZIZ



Aliff Aziz menafikan gadis di dalam gambar mesra yang tersebar baru-baru ini sebagai kekasihnya. Menurut penyanyi itu, dia mengenali wanita tersebut melalui private show dan hubungan mereka ibarat keluarga.

"Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini.





"Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga.

"Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya," jelas Aliff dipetik melalui laman Murai.



"Saya kini tidak mempunyai teman wanita, namun tidak menolak yang Shazleen merupakan antara wanita yang rapat dengan saya ketika ini," tambahnya.

Ohhh... kawan saja rupanya. Heh.




         ________________________


No comments: