18 March 2014

GAMBAR - ATILIA PILIH ANAK NIGERIA SEBAGAI ANAK ANGKAT



"Saya mula mengenali Ayo sejak enam bulan lalu kerana kedai tempat ibunya bekerja hanya di bawah tempat tinggal saya," kata Atilia Haron mengenai anak angkatnya yang berasal dari Nigeria bernama Ayo atau nama sebenarnya Fatimah.

Dan baru-baru ini, sambutan ulang tahun ke empat anak angkatnya itu menjadi detik paling manis buat mereka berdua. Atilia telah menghadiahkan Ayo sepersalinan gaun bak permaisuri yang menjadi idaman Ayo selama ini.





"Selepas kerap berjumpa dan mengetahui dia keseorangan kerana ibunya sibuk bekerja, hubungan kami semakin rapat dan saya memilih untuk menjadikannya sebagai anak angkat saya sejak itu," tambah Atilia.

Antara yang membuatkan Atilia cukup tertarik dengan Ayo kerana kebolehannya memberikan ekspresi wajah yang berbeza serta sikapnya yang peramah dengan sesiapa sahaja.

Klik gambar untuk size besar


"Memang dari sudut budaya kami sangat berbeza. Bagaimanapun saya bertuah kerana ibu bapa Ayo bersikap terbuka dengan kehadiran saya dalam hidupnya.

"Pada awalnya agak kekok kerana saya sendiri tidak mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak, tapi lama kelamaan keadaan semakin baik.

"Malah ibunya tidak pernah berkecil hati apabila saya menegur Ayo sekiranya dia membuat kesilapan. Sedikit demi sedikit juga saya mengajar Ayo budaya kita seperti mencium tangan apabila bersalaman dengan seseorang," ujarnya dipetik sebagai berkata.
















         ________________________


No comments: