06 March 2014

ISU RAMPAS SUAMI NURLIYANA - HANEZ TAK GENTAR 'HUKUM KARMA'



Saya tidak takut balasan atau karma!

Artikel terdahulu:

Demikianlah pengakuan Hanez Suraya ketika diajukan soalan tersebut oleh wartawan di Hotel One World, Damansara Utama, Petaling, semalam. Semuanya gara-gara dakwaan dia merampas suami orang yang dikenali sebagai Romie Razin Adilha, 34 tahun.





Untuk info, Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, mengakui telah menjalinkan hubungan dengan Romie sejak 20 Disember 2013.

"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.



"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.

Dalam sidang akhbar itu, turut hadir ialah peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, kekasihnya Romie yang juga bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.



Melalui sidang akhbar itu juga, Hanez meminta isteri Romie iaitu Nurliyana untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mendakwa nama baik dia dan keluarganya tercalar gara-gara tuduhan dia menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Dalam pada itu, Romie pula berkata, kontroversi yang berlaku tidak akan mengubah fikirannya untuk mengahwini Hanez.



"Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).

"Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.

"Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar Online.


         ________________________


No comments: