03 March 2014

GAMBAR - AKSI MESRA HANEZ & SUAMI LIYANA MANAN DI BANGKOK



Gambar bukti Liyana Manan, di mana Hanez Suraya dan suaminya Mr. R bercuti di Bangkok baru-baru ini. Semuanya gara-gara kenyataan Hanez yang mendakwa kononnya suami Liyana adalah seorang duda. Menurut Liyana, selagi tiada surat cerai, dirinya masih isteri Mr. R yang sah.

Artikel terdahulu:
"Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masih isteri Mr. R yang sah.





"Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada saya. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.

"Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah," ujarnya melalui BiPop.

Klik gambar untuk size besar


Tambah Liyana, Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suaminya dulu, buktikan mereka sudah bercerai. Tidak bolehkah Hanez bersabar dulu sehingga kes penceraian mereka selesai.

"Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.



"Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, bukan saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarakat terus mendengar pembohongan Hanez.

"Dulu saya dan suami bertatih dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.

"Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak," tambah Liyana.

Alahai!


         ________________________


No comments: