18 February 2014

BAKAL KAHWIN - CALON SUAMI HANEZ SURAYA KUAT CEMBURU



Kuat cemburu...begitulah gambaran mengenai bakal suami Hanez Suraya, 34, yang sudah mula memberi isyarat apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kepada pelakon itu. Berikutan itu, Hanez kini sudah mula membataskan aktiviti seninya demi memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri nanti.

Artikel terdahulu:

Malah dia juga tidak kisah sekiranya dia terpaksa menarik diri dari dunia seni untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Klik gambar untuk size besar




"Lepas berkahwin nanti kenalah hormat keputusan suami, sekarang sahaja dia agak cemburu kalau ada sesi fotografi yang memerlukan saya bergambar mesra dengan lelaki, inikan pula berlakon berpelukkan.

"Sejak bercinta dengannya, saya juga sudah tidak boleh keluar malam, kalau keluar siang sekalipun kena balik awal.

Hanez makan-makan bersama ahli keluarga


"Setakat ini belum ada perbincangan tentang kerjaya, tetapi kalau dia tidak benarkan saya berlakon pasti dia akan gantikan saya dengan sesuatu yang lain untuk dilakukan," kata Hanez seolah sudah akur dengan kehendak kekasihnya itu.

Untuk info, dia kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinan dan mencari lokasi yang sesuai untuk majlis perkahwinannya nanti.

Hanez - bakal tamatkan zaman solo


"Insya-Allah pada tahun ini kami akan berkahwin, tarikh sudah ada tetapi belum boleh diumumkan kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai.

"Kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok macam mana keputusan keluarga nanti," katanya yang mengimpikan majlis perkahwinan dalam taman.

Mengenai keistimewaan bakal suaminya itu pula, Hanez berkata, kekasihnya itu menunjukkan yang dia memang serius mahu mengambilnya sebagai isteri.

"Dia bukan sahaja menunjukkan tanggungjawab kepada saya, tetapi juga kepada keluarga saya.

"Dia seorang yang matang biarpun tidak romantik, namun saya rasa selamat berada di sisinya," ujarnya yang dipetik daripada MStar.


         ________________________


No comments: