03 March 2014

CHE TA MUNGKIN MENGANDUNG - HADIAH TERBESAR BUAT ZAIN



"Mungkin! Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak," begitulah reaksi Zain Saidin sekiranya hadiah besar yang dijanjikan oleh Che Ta adalah seorang 'cahayamata'.

Artikel terdahulu:
Bagaimanapun, ujar Zain, 30, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah 'terbesar' hari lahirnya baru-baru ini.





"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri.

"Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya yang kelihatan teruja untuk bergelar ayah.



Apa-apapun, moga hasrat Zain dan Che Ta itu menjadi kenyataan hendaknya. Amin.


         ________________________


No comments: