24 February 2014

KEJUTAN HARI LAHIR - ZAIN SAIDIN KINI BERUSIA 30 TAHUN



Sememangnya, kejutan hari lahir sering dilakukan oleh artis atau selebriti kita. Dalam hal ini, Rozita Che Wan turut tidak mahu ketinggalan apabila membuat kejutan terhadap Zain Saidin sempena hari lahir suaminya itu yang ke 30.

Bezanya, kejutan tersebut dilakukan di set penggambaran drama 'Walaupun Sedetik Cuma' terbitan Zeel Production di Shah Alam, Selangor.

Klik gambar untuk size besar




"Terkejut saya, ketika sedang berlakon bersama dengan Zul Ariffin, tiba-tiba Rozita datang serbu saya bersama kek dan semua mereka menyanyi lagu hari lahir.

Dinner romantik Zain & Che Ta


"Seronok juga merasai pengalaman tu kerana saya tak pernah lagi merasai pengalaman seperti ini. Tambahan pula inilah pertama kali saya sambut hari lahir sebagai seorang suami," kata Zain.

Mengenai hadiah, kata Zain ada sesuatu yang istimewa mahu dihadiahkan oleh isterinya tetapi tak sempat dibeli. Namun apa yang pasti, ia kemungkinan gajet kerana Zain seorang yang sukakan teknologi terbaru.



"Apa-apa pun, saya tak kisah pun, apa yang saya ada pun sudah cukup. Cuma saya harap agar perhubungan saya, isteri dan anak-anak dapat kekal akhir hayat. Mana tahu, tahun ini rezeki kami mendapat anak pula," tambahnya.

Sementara bagi Rozita pula, dia terfikir betapa bertuahnya dia kerana mempunyai seorang suami yang kacak, menawan, comel, romantik dan 'hot guy', hingga membuat dia terasa seperti kembali remaja.

"Saya akan pastikan yang kamu (Zain) akan mendapat hadiah yang paling istimewa bersempena dengan hari lahir kamu. Selamat Hari Lahir cinta ku," ucap Rozita melalui laman sosialnya.












         ________________________


No comments: