24 February 2014

MOHON CERAI - LIZA ABDULLAH KINI SAH JANDA



Liza Abdullah, pelakon popular 80-an, akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur hari ini.

Artikel terdahulu:
Suaminya, Zolkifli Abdul Rahman, 58, melafazkan cerai tersebut secara baik di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin. Bagaimanapun, kamar mahkamah jadi pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dilakukan.





Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka. Pilu...Anak kedua Liza dan Zolkifli, Nurwafiez Syahiddah (berjubah hitam) tidak dapat menahan tangisan selepas prosiding penceraian ibu bapanya selesai.

Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa'adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.



Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu. Mereka juga mengakui mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina selama 26 tahun.

"Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah," Kata Zolkifli yang menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.


Sumber: MStar Online


         ________________________


No comments: