Kes cerai pelakon Liza Abdullah, 52, dengan suaminya, Zolkifli Abd Rahman, telah ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kepada tarikh baru iaitu 24 Februari depan.
Artikel terdahulu:
Peguam Syarie, Saadiah Din yang mewakili pelakon itu telah membuat permohonan penangguhan tersebut. Bagaimanapun, dalam sebutan terbaru itu, kedua-duanya tidak hadir ke mahkamah.
Untuk info, Liza telah memfailkan penceraian pada 8 Januari lalu selepas 26 tahun hidup bersama dan dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

________________________
No comments:
Post a Comment