06 February 2014

SYAMSUL YUSOF & PUTERI SARAH KAHWIN ALA 'GARDEN ISLAMIC'



Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dikhabarkan bakal mengadakan majlis kahwin dan resepsi ala ‘Garden Islamic’. Ia telah disahkan sendiri oleh ibu Syamsul yang mengatakan perkahwinan tersebut akan berlangsung 8 Mac depan jam 10 pagi di di Masjid Sri Damansara, Petaling, Selangor.

Artikel terdahulu:
Sementara majlis resepsi perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah pula akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda. Majlis resepsi untuk adik Syamsul iaitu Syafiq turut sama akan diadakan serentak. Bagi majlis resepsi Puteri Sarah Liyana pula, ia akan diadakan pada malam hari pernikahan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.





Dalam pada itu, menurut satu Sumber lain yang bertanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan Syamsul mengatakan, Syamsul dan Liyana kini sedang sibuk membuat persiapan. Antara yang perlu disiapkan ialah tempahan baju, pelamin, dewan dan sebagainya kerana majlis akan bermula kurang sebulan sahaja lagi.

Tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar





         ________________________


No comments: