06 February 2014

BELI HANTARAN - NORA DANISH & NEDIM KAHWIN HUJUNG TAHUN?



Jika sebelum ini Nora Danish dan Nedim Nazri tidak mengaku bercinta, namun perkembangan terkini mengatakan sebaliknya. Ini kerana, mereka berdua dilaporkan sudah membuat persiapan perkahwinan dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Biar betik?

Malah menurut laporan Harian Metro, antara persiapan yang kononnya sudah dilakukan ialah pembelian beberapa barang hantaran. Beberapa pereka fesyen terkenal juga dikatakan sudah tersenarai untuk membuat rekaan busana pengantin.





Jika benar gosip ini, tahniah diucapkan. Iyalah, mereka boleh dikatakan sering makan angin bersama, jadi kalau dah kahwin nanti... ia pastinya dapat mengelak fitnah dan kritikan pedas. Tak gitu?

Klik gambar untuk size besar



         ________________________


No comments: