11 March 2014

KEHILANGAN MH370 - KELUARGA RAKAN HANS ASAAC ANTARA PENUMPANG



"Susah untuk saya gambarkan kesedihan saya ketika ini apabila mendapat tahu berita kehilangan pesawat MH370. Tetapi apabila keluarga rakan baik turut terbabit dengan kes ini, ia lebih menyayat hati saya," demikian luahan Hans Isaac mengenai berita sedih yang menimpa keluarga rakannya.

Dan untuk memberi sokongan moral, Hans sanggup mengambil cuti selama empat hari bagi membantu rakannya itu di mana isteri dan dua anaknya antara penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.

Klik gambar untuk size besar




"Kejadian itu membuatkan saya terlalu sedih sampaikan saya mengambil cuti empat hari (termasuk hari ini) untuk memberi sokongan moral kepada rakan baik saya itu," katanya kepada media.

Selain itu, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 43, berkata, dia turut sedih apabila melihat ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas insiden tersebut.



"Saya terkejut dengan komen-komen negatif yang dimuat naik oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab di Twitter.

"Mereka seperti tidak mempunyai perasaan langsung keatas kejadian ini sehinggakan saya malas mahu membaca komen-komen di Twitter," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar Online.


         ________________________


No comments: