14 March 2014

KES ROGOL - ZATUL 'REDA' MOHD MENTOR BEBAS



"Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini," demikian kata peserta program realiti tv Mentor musim keenam, Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25.

Dia mengakui terkejut dengan kenyataan Juara Mentor keempat iaitu Mohd Izwan Mohd Nor, 28, yang mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol. Malah Mohd juga mengatakan kesnya itu telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis.





"Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya.

"Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian.

Zatul dan Mohd pernah bercinta


"Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah," ujar Zatul yang juga merupakan bekas teman wanita Mohd dipetik sebagai berkata melalui MStar semalam.

Untuk info, kes rogol tersebut pernah dilaporkan oleh media pada awal 2013 di mana juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika disabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, dalam laporan lain Mohd dikatakan masih mahu Zatul meminta maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut telah mencalarkan imejnya sekaligus menjejaskan kariernya.

"Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri 3 bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat penjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu.

"Saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya.

"Selama empat hari berada dalam tahanan, saya disoal siasat dan dibawa ke klinik untuk ujian DNA. Tetapi keputusan ujian tersebut tidak menunjukkan saya pernah meniduri wanita itu," kata Mohd yang dilihat masih belum berpuashati.



         ________________________


No comments: