25 March 2014

MAJLIS SAMBUT MENANTU - SHARIFAH ALEYA DIRAI MASYARAKAT BAJAU



Selepas majlis akad nikah yang diadakan serba sederhana di Sri Damansara, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula telah dilangsungkan di kampung halaman Muhammad Azam Abdullah (Miko) di Sabah baru-baru ini.

Di dalam majlis itu, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya telah di sambut dan diraikan dalam majlis 'sambut menantu' mengikut adat tradisi masyarakat Bajau.

Klik gambar untuk size besar




Leya yang juga penyampai radio Hot FM dan suami, mengenakan busana khas lengkap dengan aksesori tradisi berwarna kuning.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Marsha Milan Londoh dan Velvet Aduk.


Untuk info, ini adalah perkahwinan kedua bagi Leya setelah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin pada 29 Februari 2012. Hasil perkahwinan mereka itu, mereka telah dikurniakan anak kembar perempuan iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena.





































         ________________________


No comments: