07 March 2014

NURLIYANA ENGGAN MOHON MAAF - HANEZ SURAYA AKHIRNYA AKUR



Selepas mengadakan sidang akhbar kelmarin dan meletopkan bom atom meminta isteri kekasihnya memohon maaf secara terbuka kerana mendakwa memalukan dia dan keluarga, Hanez Suraya semalam akhirnya mula berlembut.

Semuanya gara-gara Nurliyana yang juga isteri kepada teman lelakinya Romie Razin Adilha, 34, enggan memohon maaf mengenai isu perosak rumah tangga.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Nurliyana, kenapa dia perlu meminta maaf. Sepatutnya, Hanez yang perlu memohon maaf kepadanya kerana Hanez sebelum ini pernah mencabar dan menaikkan kemarahannya seperti suruh serang, suruh tunjuk bukti, dakwa dia buat fitnah dan sebagainya.

"Saya marah kerana dia muat naik gambarnya bersama nak-anak saya. Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil dengan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Seterusnya, Hanez yang ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Dewan N'Dah Shah Alam, Selangor semalam enggan mengulas mengenai insiden itu lagi kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak.

"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya," katanya seolah sudah mula berlembut.

Hanez Suraya


Tambahnya, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut tersebut tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan Nurliyana supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.

"Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup.

"Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," katanya yang ada membaca komen negatif daripada masyarakat selepas dia memberi kenyataan pada sidang akhbar yang diadakan.

"Saya tidak tertekan cuma sedih kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan kata-kata kurang enak.

Foto yang mencetuskan kemarahan Nurliyana


"Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan negatif," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar Online.


X'TRA - GAMBAR HANEZ, KEKASIH & RAKAN DI BANGKOK








         ________________________


No comments: