"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," kata Mohd Edy Casmadi Che Hussin, suami Sari Yanti mengenai permohonan cerai isterinya itu.
Mohd Edy, 34, berkata demikian ketika ditemui media diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat Petaling jaya, Selangor semalam. Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.
Klik gambar untuk size besar
Untuk info, Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi memperbaiki rumahtangga mereka, namun ia masih tidak berhasil. Malah kedua-dua belah pihak juga dikatakan tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, kelmarin.
"Saya tidak bersetuju dengan penceraian," ujar Mohd Edy ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.
Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Pada prosiding tersebut, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan.
"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar Online.
"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya yang kemudian hanya menyerahkan saman itu kepada kakak defendan.
Kes itu kemudiannya ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April 2014.
Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.
________________________
No comments:
Post a Comment