20 March 2014

GAMBAR BERSOSIAL DI KELAB MALAM - TAUKE DAKWA GAMBAR LAMA



Gambar lama iaitu kira-kira enam tahun lepas!

Artikel terdahulu:

Begitulah reaksi Tauke daripada Kumpulan Jambu mengenai gambar bersosial di kelab malam yang tersebar kelmarin. Dakwanya, dia kini tidak melakukan perbuatan itu lagi dan menganggap ianya sebagai 'kesilapan' silam.



MEDIA: Benarkah dakwaan yang timbul berkenaan tersebarnya beberapa keping foto Tauke sedang bersosial bersama dua orang wanita di sebuah kelab malam baru-baru ini?



TAUKE: Saya tidak nafikan itu adalah saya tapi gambar-gambar itu dirakamkan sekitar enam tahun lalu sebelum saya mendirikan rumah tangga. Benar setiap orang melakukan kesilapan dan saya mengakui kesilapan tersebut. Masing-masing ada kehidupan lampau dan adalah tidak adil untuk orang di luar sana menjatuhkan hukuman ke atas saya hanya kerana tersebarnya gambar-gambar itu.

MEDIA: Boleh gambarkan situasi sebenar foto-foto itu dirakamkan sekitar enam tahun lalu itu?

TAUKE: Gambar itu dirakam sekitar majlis selepas tamat penggambaran sebuah filem dan dua gadis itu merupakan peminat saya. Takkan pula saya mahu menolak kalau peminat mahu bergambar dengan saya, nanti dikatakan sombong pula. Manakala, lelaki yang berdiri di belakang saya pula merupakan salah seorang krew produksi filem berkenaan.

MEDIA: Bagaimanakah perasaan Tauke apabila foto-foto lampau anda disebarkan dan mengundang persepsi negatif banyak pihak?

TAUKE: Memang marah dan terkilan tapi saya sudah lali, saya percaya rezeki di tangan Tuhan. Sebelum ini pun banyak kali kes sebegini dikaitkan dengan saya cuma saya tidak boleh terlalu cepat melatah melainkan abaikan saja. Keluarga dan orang sekeliling saya tahu saya bukan individu sebegitu. Saya melihat perkara ini dalam sudut positif, mungkin impaknya orang akan lebih mengenali saya selepas ini.

MEDIA: Apabila foto-foto itu tersebar, Tauke dilabelkan seorang lelaki yang gemar bersosial dan kaki perempuan. Komen anda?

TAUKE: Saya sudah lama tidak ke kelab malam dan itu gambar-gambar masa lampau saya. Mungkin suatu masa dulu saya akan memuat naik foto saya bersama teman wanita baharu untuk berkongsi dengan peminat. Tapi ada pihak yang tidak faham akan nampak saya seorang kaki perempuan, padahal saya berkongsi perjalanan hidup saya atas dasar menghormati permintaan peminat.

MEDIA: Siapakah yang Tauke rasakan dalang di sebalik penyebaran foto-foto berkenaan?

TAUKE: Kalau dia adalah rakan saya dalam dunia seni, mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau dia orang luar atau bekas kekasih saya, mungkin niatnya mahu menjatuhkan saya.

MEDIA: Apakah pengajaran yang diperoleh selepas timbul perkara (penyebaran foto-foto sosial) itu?

TAUKE: Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bergambar dengan sesiapa saja. Malah, di laman sosial saya pun tidak banyak foto peribadi yang saya muat naik kerana risau serangan itu akan terkena pihak lain. Saya tidak paranoid untuk berkongsi kisah peribadi saya selepas ini tapi mungkin akan ada perkara yang perlu saya tapis.


         ________________________


No comments: