27 March 2014

SUDAH BULAN MADU DI PULAU PINANG - SYAMSUL & SARAH EDAR KAD 'SANDING'



Kira-kira 1,000 dijangka hadir dalam majlis persandingan Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 18 April ini.

Menurut ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail, majlis tersebut diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh rakan-rakan dan pihak media.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah berbulan madu ke Pulau Pinang.

"Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis di rumah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga," katanya kepada media.

Kad jemputan persandingan Syamsul & Syafiq


Untuk info, majlis persandingan bertemakan putih dan merah jambu itu turut dilakukan serentak bersama adik Syamsul iaitu Syafiq.

Terdahulu, Syafiq dan tunangnya, Aiesyah Zainal akan bernikah pada 5 April depan.

Cenderahati untuk jemputan persandingan


Mengenai kediaman baru Syamsul di Ukay Perdana, Ampang yang dikatakan berharga lebih RM1 juta, kata Patimah ia masih lagi belum siap. Buat masa ini dia gembira apabila anak dan menantunya itu akan tinggal bersamanya buat sementara waktu.

"Buat masa ini, meriahlah rumah kami kerana kedua-dua anak lelaki saya bersama menantu pun ada sama. Rasa seronok pula apabila anak-anak berkumpul di rumah. Doakan kami agar semua majlis berjalan dengan lancar, InsyaAllah," katanya.

Cenderahati untuk jemputan persandingan





         ________________________


No comments: