12 March 2014

TIADA ISTILAH 'RAMPAS' - SALIMA AF4 BAHAGIA HIDUP BERMADU



Meskipun kes merampas suami orang heboh diperkatakan dewasa ini, namun bagi penyanyi Nor Salima Habibi atau Salima AF4, bahtera perkahwinan yang dilayarinya sejak tiga bulan lalu tidak mempunyai masalah.

Artikel terdahulu:

Malah, dia yang menjadi isteri kedua kepada penceramah bebas, Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Mereka nikah pada 30 November 2013 di kampung halaman Salima di Ipoh, Perak

Klik gambar untuk size besar




"Kalau orang tanya mengenai status saya sebagai isteri kedua, saya hanya boleh simpulkan yang kami bahagia. Lagipun isteri pertama suami saya baik hati.

"Saya tiada masalah dengan kakak. Apa yang penting adalah sikap tolak ansur. Memang tidak dinafikan, kita sering dengar persepsi negatif yang dikeluarkan oleh orang tentang kehidupan bermadu.



"Ada yang kata isteri muda biasanya inginkan perhatian tetapi saya tidak rasakan semua itu kerana saya melihat suami kami seorang yang adil.

"Poligami itu ada hikmahnya. Saya selesa dengan suami dan perkahwinan itu mendidik saya untuk sentiasa menghormati isteri pertama suami saya.

"Kini, apa yang perlu saya lakukan ialah menjadi seorang isteri yang baik, bertanggungjawab dan bertimbang rasa serta perlu memahami yang saya adalah isteri kedua," kata Salima.

"Pernah juga saya jumpa dengan anak-anak suami saya. Walaupun mereka bukan anak-anak sendiri tetapi saya anggap mereka juga sebahagian daripada hidup saya. “Kalau ada masa jumpa, saya akan menghantar mereka ke sekolah juga," tambahnya yang mengakui Suaminya seorang yang lembut tetapi dia tegas.

"Jujur saya katakan, saya memang tidak mengenali siapa suami saya yang sebenarnya. Saya hanya diberitahu oleh seorang ustaz yang mengajar saya bersama kumpulan Usrah Fitrah bahawa ada seorang lelaki mahu memperisterikan saya.

"Itu yang orang kata, jodoh itu hadir tanpa diduga. Saya menerima suami selepas bertanyakan pandangan ibu bapa dan melakukan solat istikharah.

"Saya terima lamaran itu dan memberi syarat supaya ambil saya dengan cara terhormat. Sebagai wanita Islam, sebelum berkahwin, dia mestilah mendapat keizinan isteri pertama dan ada kenduri walaupun ringkas.

"Suami saya juga ada melarang untuk tidak selalu bergerak seorang terutama ke tempat yang jauh. Kalau boleh, sekarang memang saya akan balik sebelum pukul 12 tengah malam. Apa yang paling lucu sekali, suami berpesan supaya jangan naik kapal terbang sendiri. Itu yang paling dia takut. Kalau boleh mesti ada orang teman," ujar Salima yang dipetik melalui Utusan Malaysia.


         ________________________


No comments: