05 March 2014

YUSOF HASLAM MENANGIS TONTON 'TEATERIKAL SUARA KITA'



Tidak ada apa yang mahu dimalukan oleh Datuk Yusof Haslam apabila menonton konsert Teaterikal Suara Kita malam isnin lalu. Ini kerana, beliau tanpa segan silu telah mengalirkan air mata menonton persembahan anak didiknya iaitu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

"Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.

Klik gambar untuk size besar




"Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu," katanya kepada media sebaik selesai persembahan tersebut.

Nostalgia Yusof itu terimbas berikutan ketiga-tiga pelakon itu pernah mencetuskan fenomena dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 dan beberapa filem lain terbitan Skop Productions. Ia buykan hanya mencatatkan kutipan boxoffice, malah menjulang nama Yusof dan pelakon-pelakonnya.



"Sebenarnya saya terkejut apabila diberitahu bahawa mereka bertiga ingin pentaskan semula filem-filem saya.

"Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan", ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar Online.




         ________________________


No comments: