07 April 2014

BAKAL BERSALIN MEI - LIYANA JASMAY BUAT DOA SELAMAT



Dalam pada artis lain sibuk membuat ‘baby shower’, Liyana Jasmay sebaliknya lebih selesa dengan mengadakan majlis doa selamat untuk menyambut kelahiran anak sulungnya nanti. Majlis tersebut telah diadakan kelmarin kediaman keluarga Liyana di Kemensah Height, Selangor.

Apa yang menarik, kakak Liyana iaitu Faradila yang juga bakal melahirkan anak pada bulan Mei depan turut diraikan bersama.





"Saya sudah lama sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis doa selamat bagi menyambut kelahiran bayi yang bakal lahir," jelas Liyana yang memberitahu dia bakal mendapat seorang bayi perempuan.

Untuk info, Liyana akan bersalin di Prince Court Medical Centre.

Klik gambar untuk size besar


"Kalau nak tahu, saya sudah membuat pelbagai persiapan menantikan anak sulung saya ini dengan menyediakan sebuah bilik untuknya. Dan rasanya saya dah banyak beli baju anak, risau pula jika ia tidak sempat nak dipakai. Maklumlah, bayi kan cepat membesar.

"Apa-apa pun, saya akan menjaga dia seperti seorang puteri. Sama macam ibu saya menjaga saya ketika kecil.

"Segala persiapan bayi telah disiapkan. Malah saya telah mengupah seorang bidan bagi menjaga saya sepanjang tempoh berpantang," ujar Liyana ketika ditemui media.




























         ________________________


No comments: