16 April 2014

KES KELAKAR - BILA SUAMI DIDIE ALIAS MENGIDAM



Terbalik!

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai kehamilan Didie Alias yang kini sudah masuk bulan ke enam. Bukan dia yang mengidam… tetapi suaminya pula yang mengidam dan turut mengalami alahan bagaikan sedang hamil layaknya.

"Selain muntah-muntah dan loya, suami saya turut mengalami sakit pinggang selain mengidam pelbagai makanan seperti mana berlaku kepada kebanyakan wanita hamil yang lain.





"Saya rasa pelik dengan suami saya kerana dia sering tidak sihat dan membuatkan saya risau akan keadaannya. Dia juga mengalahkan wanita yang sedang mengandung kerana dia sentiasa tidak sihat.

"Sebelum ini semasa saya hamil, saya tidak pernah mengalami alahan termasuklah ketika mengandung kali ini. Jadi apabila pembawakan budak itu berlaku kepada suami saya, ia perkara yang agak pelik dan merisaukan saya," ujarnya kepada media.

"Selalunya dalam tiga bulan simptom 'pembawakan budak' itu akan hilang tetapi tidak pada suami saya kerana dia lagi over dari saya.

"Malah perutnya juga hampir sama besar dengan saya kerana sering mengidam untuk makan pelbagai menu," kata Didie lagi dengan nada lucu.

Didie dijangka akan bersalin Julai depan. Hasil pemeriksaan doktor, Didie dikatakan bakal mendapat bayi lelaki.

"Seronok dapat bayi lelaki. Saya pun hanya ada seorang anak lelaki sahaja," tambahnya.



         ________________________


No comments: