Akhirnya, Komposer Julfekar Ahmad Shah, 49, kini sah bergelar suami kepada penyanyi Nurul Yasmin Abdul Aziz atau Min Yasmin, 25, dengan hanya sekali lafaz. Mereka bernikah di Masjid Kota Damansara, Petaling, Selangor, semalam.
Majlis akad nikah telah berlangsung pada 3.40 petang, dan ia telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Kota Damansara, Mohd Arip Johdi dengan berwalikan bapa Min Yasmin iaitu Abdul Aziz.

Untuk info, Julfekar telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000, manakala wang hantaran pula dirahsiakan. Selain itu, sejumlah tujuh dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, Al-Quran, kasut, kek dan cincin diserahkan pada pengantin perempuan.
Klik gambar untuk size besar

Sementara Min Yasmin pula membalas hantaran tersebut dengan sembilan dulang yang terdiri daripada sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah, kasut, cincin, baju kemeja dan kek.
Sebagai rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat Julfekar yang sebelum ini mempunyai empat anak dan yang pertama buat Min Yasmin.








________________________
No comments:
Post a Comment