05 April 2014

RADHI OAG TAMATKAN ZAMAN DUDA



Tahniah diucapkan buat Muhammad Radhi Razali atau Radhi OAG kerana telah selamat bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu Zahiri semalam. Radhi menamatkan zaman dudanya pada 04-04-14 dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10:30 pagi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Mereka dinikahkan oleh Iman Besar Masjid tersebut iaitu Ustaz Mohd Firdaus Subhi berwakil wali bapa pengantin perempuan.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan. Saya harap dapat membimbing isteri ke arah kebaikan bersama.

"Saya rasa hidup ini lebih sempurna dan berazam untuk menjadi suami yang baik, Insya-Allah," ujar Radhi, 37, setelah sah menjadi suami kepada Ayu, 20.



Untuk makluman, Ayu merupakan seorang model sambilan menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran pula sebanyak RM30,000. 

Pihak lelaki memberi 12 barang hantaran iaitu kek, tepak sirih, sejadah, beg tangan berserta dompet, set wangian, produk kecantikan, seutas cincin, senaskhah Al-Quran, dan manisan. Sementara Nur Shahira pula membalasnya dengan 14 hantaran yang terdiri daripada buah-buahan, sirih junjung, sejadah, senaskhah Al-Quran, dompet berserta cermin mata dan tali pinggang, pulut kuning, sepersalinan pakaian, produk penjagaan diri, dan barangan lain.



Difahamkan, majlis resepsi mereka akan hanya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sebagai rekod, Radhi OAG sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan mereka bercerai pada 8 jun 2010. Hasil perkahwinannya dengan Shazlin, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun.

Shazlin telah berkahwin semula pada 2011 dengan pasangannya iaitu Azri .

















Berita disediakan oleh: NAK


         ________________________


No comments: