09 April 2014

ZIZAN TAK PERNAH AJAK KAHWIN - EMMA MAEMBONG



Emma Maembong dan Zizan Razak akan kahwin tidak lama lagi!

Demikianlah gosip yang bertiup kencang mengenai hubungan dua sejoli ini yang sering dilanda kontroversi. Gosip bertambah hangat apabila pelakon Projek Memikat Suami itu yang berehat seketika daripada berlakon di anggap sebagai sibuk membuat persiapan kahwin.

Klik gambar untuk size besar




Dan seperti biasa, bila diajukan soalan tersebut pada Emma, dia menafikan akan menamatkan zaman bujangnya. Dakwa Emma, semua gosip itu adalah tidak benar kerana dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal kahwin, apatah lagi menetapkan tarikh nikah.

"Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan berkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.



"Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami. Tiada langsung.

"Tidak ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini," ujarnya.



Bagaimanapun, dia mengakui pernah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22 baru-baru ini.

Tambah Emma, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan peminat tentang keakrabannya dengan Zizan.



"Saya kenal Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.

"Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi masing-masing.



"Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.

"Seperti anda semua dapat lihat, barulah sekarang kami bersikap terbuka selepas kami mengenali hati budi masing-masing," jelasnya dipetik sebagai berkata.







         ________________________


No comments: