03 May 2014

10 GAMBAR - SEKITAR RESEPSI MISHA OMAR & FIROS EZZWAN



Malam semalam telah berlangsung Majlis Resepsi Penyanyi Misha Omar dan Suami nya Firos Ezzwan di Hotel Renaisance Kota Bharu Kelantan. Majlis tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 500 tetamu termasuk rakan artis seperti Nurul Deep, Dato Hattan, M. Nasir dan ramai lagi.

Apa yang menarik, majlis malam itu telah diilhamkan dalam suasana serta perhiasan dan sederhana sebagaimana yang diinginkan kedua-dua mempelai.

Klik gambar untuk size besar




Untuk rekod, pagi semalam Misha dan Fios telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz di mana masing-masing telah menyerahkan dulang hantaran 5 berbalas 6 mengikut adat tradisi perkahwinan masyarakat Melayu.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan segala cakap-cakap yang tidak baik mengenai isteri saya sudah pun terjawab apabila kami disatukan.

"Saya berasa sebak selepas disatukan bukan sahaja kerana gembira tetapi lega semua tohmahan tentang Misha akhirnya berakhir," ujar Firos.




















         ________________________


No comments: