15 May 2014

DITUDUH MENCURI TELEFON - JUSTIN BIEBER DISIASAT POLIS



Justin Bieber yang banyak kali ditahan polis akibat perbuatannya yang lalu, kini disiasat polis lagi atas dakwaan seorang wanita yang mendakwa Justin mencuri telefonnya.

Menurut wanita tersebut, Justin dengan 'ahli rombongannya' tiba-tiba bertengkar ketika sedang berhibur di kompleks golf mini dan sangkar bermain besbal di Sherman Oaks pada hari Isnin yang lalu.

Klik gambar untuk size besar




Semuanya gara-gara Justin melihat wanita berkenaan sedang merakam gambarnya, lantas meminta wanita itu menyerah telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, wanita tersebut enggan menuruti permintaan Justin sekaligus membuat Justin bergelut dengannya sebelum merampas telefon bimbit di dalam beg tangan wanita itu.

Tambah wanita itu, Justin memulangkan balik telefonnya setelah dia mendapati tiada gambar yang dirakamnya.

Dan selanjutnya pada hari Selasa, wanita tersebut telah menfailkan aduan bagi memastikan jika ada sebarang perbuatan jenayah telah berlaku ke atas dirinya oleh penyanyi hit "Baby" itu.

         ________________________


No comments: