28 May 2014

ISU MESEJ LUCAH - SOO WINCCI RASA BERSALAH CABAR IQRAM



Akibat gosip berkaitan hubungan songsang atau 'gay', penyanyi dan bekas ratu cantik Malaysia/Dunia 2008/09, Soo Wincci, mengaku telah mencabar Iqram Dinzly berkaitan isu mesej lucah yang tersebar baru-baru ini.

"Dia melakukan perkara tersebut kerana ingin bergurau memandangkan dia seringkali didakwa mengamalkan hubungan sejenis.





"Ini semua salah saya. Perkara ini terjadi disebabkan tindakan saya yang mencabar Iqram supaya bercakap seperti itu dengan seorang lagi kawan kami.

"Saya sengaja minta dia berbuat begitu kerana banyak gosip tentang dia berkaitan hubungan songsang atau 'gay', jadi saya anggap ia sebagai gurauan sahaja dan tidak sangka perkara ini boleh tersebar serta disalah tafsir," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar.



Seperti yang kita sedia maklum, hubungan Wincci dan Iqram adalah rapat dan pernah digosip sebagai kekasih. Malah dalam ulasannya mengenai gambar mesra dan mesej berbaur lucah yang didakwa sebagai Iqram Dinzly yang didedahkan sebuah laman blog Isnin lalu, Wincci turut mempertahankan Iqram.

Menurut Wincci, lelaki tersebut juga merupakan salah seorang peminatnya yang kini menetap di London.



"Lelaki tersebut peminat saya dan dia ingin jumpa kami dan bawa jalan-jalan di London memandangkan dia masih lagi belajar di sana.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat pergi kerana sibuk dengan urusan kerja di Taiwan dan minta dia untuk membantu Iqram sepanjang berada di sana," ujarnya.

Terdahulu, Wincci turut meluahkan rasa terkilan apabila Iqram tidak menceritakan perkara sebenar dan tidak mahu melibatkan dirinya dalam isu terbabit.

"Saya marah apabila dia tidak ceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu libatkan saya. Alasannya tidak mahu menganggu kerja saya di Taiwan.

"Tetapi saya sendiri rasa bersalah dan mahu menceritakan perkara sebenar disebalik salah faham ini, kami anggap isu ini hanya gurauan semata-mata," jelas Wincci yang kini menetap di Taiwan.



         ________________________


No comments: