12 May 2014

NIKAH 17 MEI INI - MAK MAH 'ANGAU' & 'PITAM' KURUSKAN BADAN



Sabtu depan, seniwati yang seangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee iaitu Ruminah Sidek, 68, atau Mak Mah bakal melangsungkan perkahwinan dengan peneroka Felda, Rahim Ismail, 70. Namun, bukan Mak Mah sahaja yang berdebar, tetapi anaknya Adlin Aman Ramlie turut berdebar dan teruja.

Menurut Adlin, beliau tidak menganggap lelaki yang bakal mengahwini ibunya pada 17 Mei ini sebagai 'bapa baru", tetapi berharap ia adalah jodoh terakhir.





"Bagi saya, sebagai seorang anak tiada konsep 'ayah baru'. Sebaliknya ini merupakan kehidupan mak bersama suami baru. Jadi kami sebagai anak tidak meletakkan apa-apa syarat, yang penting selepas ini beliau bahagia bersama suami baharu dan semoga ini merupakan perkahwina terakhirnya", ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Alhamdullilah, kami anak-anak tumpang gembira apabila melihat mak bahagia. Kami gembira dengan keputusan mak. Mak sekarang nampak lebih angau daripada orang muda yang nak naik pelamin. Mula-mula mak kata nak edar 300 kad jemputan sahaja. Tapi sekarang sudah 3000 kad jemputan telah disediakan olehnya.



"Mak juga sekarang tengah berusaha menguruskan badan agar dapat memakai kebaya. Sampai pitam-pitam mak berusaha pakai kebaya,” katanya sambil berseloroh.

Bercerita mengenai persiapan, tambah Adlin, dia dan adik beradik tidak terlalu mencampuri urusan persiapan perkahwinan tersebut. Katanya semua persiapan untuk hari bahagia ibunya itu telah dilakukan oleh adik beradik sebelah ibunya.



"Mak ialah anak kedua daripada 13 adik beradik. Selama ini mak yang berusaha mencari rezeki untuk adik beradiknya. Jadi sekarang ini, giliran adik beradik mak pula membantu membuat persiapan kahwinnya", jelasnya.

Untuk imbasan, Mak Mah mula berkenalan dengan Al-Fatah Rahim Ismail ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu. Mereka kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di kediaman abang ipar Mak Mah di Meru, Klang, Selangor.



         ________________________


No comments: