07 May 2014

PACUAN EMPAT RODA LESAP - KENDERAAN AWIE DIREMBAT LAGI



Jika sebelum ini (2011) Kereta model Toyota Estima (berharga kira-kira RM200,000) milik Awie Wings atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman, pernah lesap dicuri, terbaru kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero miliknya pula hilang dirembat.

Artikel terdahulu:

Kenderaan tersebut dilaporkan hilang dilarikan penjenayah ketika ia diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ia hilang ketika dalam jagaan pembantu peribadi Awie, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak langsung berasa bimbang kerana kenderaan itu diletakkan berhampiran pos kawalan pangsapuri itu. Malah banyak kenderaan penghuni turut diletakkan di kawasan sama," kata Mohd Khyrull.

Tambahnya, ia berlaku sehari selepas dia dan Awie pulang dari mengikuti program minggu berbasikal di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Ketika mahu keluar untuk bekerja pagi semalam, saya terkejut apabila mendapati kenderaan pacuan empat roda itu hilang dicuri.

Model kereta Toyota Estima yang hilang sebelum ini



"Saya cuba mencari kenderaan itu di kawasan sekitar pangsapuri, namun gagal. Malah, saya turut menghubungi rakan untuk meminta bantuan mengesan kenderaan itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Abang Awie memang baik. Dia tidak pernah berkira dan selalu meminjamkan kenderaannya bagi memudahkan saya menguruskan hal persembahan dan perkara berkaitan kerja seninya," katanya yang terkilan dengan kejadian itu dan sudahpun dilaporkan ke Balai Polis Setapak.



         ________________________


No comments: