16 June 2014

ANAK KETIGA - LISDAWATI SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI



Dalam keriuhan peminat bolasepak menyaksikan siaran langsung Piala Dunia, rupanya Sabtu lalu Lisdawati iaitu isteri kepada Fauzi Nawawi telah selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Waahhh... bertambah murahlah rezeki mereka nanti. Maklumlah anakpun dah ramai (tiga orang)!

Klik gambar untuk size besar




Untuk makluman semua, Lisda dikurniakan bayi lelaki dan diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus. Bayi tersebut dilahirkan secara normal di Hospital Selayang, Selangor.

"Syukur alhamdulillah atas kelahiran Ahmad Nur Fyrdaus . Terima kasih Fauzi Nawawi & juga ibu peneman setia saat detik kelahiran ini. Terima kasih Hospital Selayang atas layanan yang dari semua staff," kata Lisda penuh syukur.



Ahmad Nur Fyrdaus







         ________________________


No comments: