04 June 2014

GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PEMECAH LEMAK 'VANQUISH'



Kira-kira 12 artis dan selebriti hadir di majlis pelancaran produk terbaru KO Skin di Kelang, Selangor semalam. Antaranya ialah Salamiah Hassan, Yasmin Hani, Amy Search, Atalia, Daphne Iking, Haiza dan ramai lagi.

Untuk info, Pusat KO Skin telah mengetengahkan alat pemecah lemak terbaru mereka yang dkenali sebagai 'Vanquish' yang mampu merawat dalam hanya 30 minit. Difahamkan, tiada kesakitan apabila menggunakan mesin tersebut dan pelanggan hanya perlu berehat atau melelapkan mata semasa rawatan.





"Saya sudah mencuba rawatan ini beberapa kali dan hasilnya perut saya makin kempis seolah saya melakukan senaman setiap hari. Memang saya berpuas hati dengan rawatan tersebut kerana tiada rasa sakit berbanding pembedahan dan rawatan laser," ujar Amy Search.

Menurut pemilik KO Skin, rawatan 'Vanquish' umpama satu 'magic' kerana ia menghilangkan lemak degil menggunakan teknologi terkini tanpa menyentuh tubuh. Pelanggan katanya tidak akan merasa apa-apa melainkan lemak mereka akan hilang dalam sekelip mata.

Selain pemecah lemak, Pusat KO Skin turut mempunyai produk lain untuk mencegah penuaan dan melicinkan kulit.











         ________________________


No comments: