03 June 2014

KEMBALINYA FORMAT ASAL AKADEMI FANTASIA 2014



Mungkin ada yang berpendapat, Akademi Fantasia (AF) terbitan Astro sudah agak lari konsepnya dan kurang menyengat. Namun begitu, program musim baharu pada 2014 bakal kembali dengan format asal iaitu di zaman kegemilangan Mawi.

"Sepanjang penerbitan AF pelbagai eksperimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini.





"Sehubungan dengan itu, kami membuatkan keputusan untuk menyuntik semula format asal yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena tersendiri," ujar Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman. Raqim berkata demikian dalam majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Zaman kegemilangan AF - klik gambar untuk size besar


"Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama," katanya yang berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu yang sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata.

Untuk info, uji bakat bakal diadakan di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun).



Pembaharuan tahun ini adalah Astro akan turut mengadakan sesi uji bakat dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif di AF Mobile.



         ________________________


No comments: