24 June 2014

LANA NORDIN TEMUI KEKASIH JAUH LEBIH MUDA, 'MAS KHAN'



Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Kecewa dalam cinta bukan bererti gagal dalam dalam hidup. Terkini, Lana Nordin, 34, akhirnya bangun kembali setelah gagal dalam cinta yang penuh dugaan dan kontroversi dengan Johan As'ari.

Tanpa berselindung lagi, Lana semalam telah memperkenalkan pengganti Johan kepada media iaitu Mas Khan (20-an), seorang pelakon baharu meningkat naik yang lebih muda daripada usianya.





"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Nampaknya, Lana kini lebih berhati-hati dalam mengetengahkan soal cinta meskipun tidak menafikan hatinya kini sudah dicuri oleh Mas Khan.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.



"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Airish Fashion Cosmetik di Hotel The Royal Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu ketika diminta menceritakan serba sedikit mengenai 'kekasih' barunya itu, Lana memberitahu yang dia (Mas Khan) seorang yang matang dan amat memahami meskipun jarak usia mereka agak jauh.



"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya.



"Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.

"Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media," tambahnya sambil tersenyum manis.




         ________________________


No comments: