11 June 2014

SAH CERAI TALAK SATU - FARHAN DAKWA 'DIDERA' ABBY ABADI



Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan. Dan itulah suratan takdir Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Lafaz cerai yang dihantar oleh Farhan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Mei lalu, akhirnya disahkan oleh Mahkamah.

Bukti (gambar) kecederaan yang dialami oleh Farhan




Ini kerana, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes pasangan tersebut memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak berhubung kes berkenaan kerana Farhan memberitahu mahkamah yang dia memang berniat untuk menceraikan isterinya selalu plaintif dalam kes berkenaan dan sedar dengan tindakannya ketika menghantar SMS berkenaan.



"Saya redha dan menganggap penceraian itu sebagai ujian daripada Allah," demikian kata Abby ketika ditemui media sejurus kes penceraiannya itu selesai.

Dalam perkembangan lain, pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terbongkar apabila Farhan mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Farhan menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya & laporan polis


Dakwa Farhan, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Tambahnya, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.



"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," ujarnya.

Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.

Abby turut didakwa turut menyebabkan tekanan emosi kepada Muhammad Noor Farhan sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.





Sumber: MStar Online



         ________________________


No comments: