25 June 2014

USAHAWAN BERJAYA - EBBY YUS KINI MELARAM GUNA MERCEDES SPORT



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Begitulah nasib Abby Yus yang hampir 30 tahun bergelumang dalam dunia seni. Siapa sangka, dia sudah mampu 'melaram' menggunakan kereta mewah iaitu Mercedes Benz Sport dengan nombor cantik ABY444.

Bagaimanapun, kereta Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, sebenarnya bukan hasil bidang seni, tetapi melalui kerja keras dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Malah kereta tersebut sebenarnya sudah dimiliki oleh Ebby sejak tahun lepas lagi.

Klik gambar untuk size besar




Ini kerana, dia bukan sahaja berlakon dan berlawak, tetapi dia juga memiliki Restoran 'Adam Lai' iaitu sebuah restoran hidangan Cina Muslim. Restorannya yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati itu sering sahaja dikunjungi pelanggan hingga memberi pulangan lumayan.

Cayalah Ebby!





         ________________________


No comments: